Tuesday, 14 October 2014

Another example of geografi assignment for PT3 (just the info guys)

DEFINISI PENGANGKUTAN

Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan drpd. suatu tempat ke tempat yang lain.(Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,2007)Pengangkutan terbahagi kepada beberapa iaitu pengangkutan melalui jalan darat,pengangkutan melalui jalan air dan pengangkutan melalui jalan udara.

Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api,kereta dan lori untuk jalan darat.Feri,kapal minyak, dan bot layar untuk jalan air.Manakala untuk jalan udara pula kapal terbang,kapal kargo dan jet persendirian.

Contohnya,di kawasan kajian terdapat Jalan Putra Permai di mana ia menghubungkan lebuh raya yang membolehkan kami pergi bekerja dan sekolah.


KEPENTINGAN PENGANGKUTAN

1)Menurut kajian saya,terdapat beberapa kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian saya.Yang pertama,jaringan sistem pengangkutan memudahkan penduduk termasuk saya untuk bergerak atau pergi ke mana-mana tempat.Contohnya,saya boleh melalui Jalan Putra Permai untuk memasuki lebuhraya.

2)Kedua,syarikat perdagangan boleh menghantar barangan dari kilang ke peniaga-peniaga yang berada di bawahnya.Lori perdagangan menghantar minuman dan makanan seperti Syarikat Air Nutrigen hantar produknya ke Pasaraya Besar Giant.

3)Ketiga,Lebuhraya boleh memendekkan masa berjalan dengan banyak sekali.Apabila jalan kaki,ia akan mengambil masa lebih kurang 3 jam tetapi jika naik kenderaan ia akan mengambil masa kurang dari 15 minit jika ingin bergerak dari kawasan rumah saya ke Cyberjaya.Contoh mengmbil lebuhraya LDP untuk bergerak ke Cyber.



MASALAH PENGANGKUTAN


1.Jalan sesak pada pagi dan petang kerana ramai pekerja menggunakan jalan tersebut untuk bekerja dan pulang bekerja. Contoh di Jalan Lestari Perdana sesak pada hari bekerja. Menurut temu bual Puan Nazi,dia berkata bahawa jalan amat sesak bila dia pulang dari bekerja.

2.Pada pemerhatian saya,jalan raya di Pingiran Putra penuh dengan penuh dengan lubang dan retakan di jalan raya yang menyebabkan ketidak selesaan kepada pengguna jalan raya.Hal ini juga boleh menyebabkan kemalangan.Contohnya,di Jalan Pinggiran Putra yang banyak lubang .Melalui temubual yang saya jalankan Abi berkata bahawa jalan raya Pinggiran Putra berbahaya kerana terdapat banyak lubang.

3.Menurut kajian,jaringan sistem pengangkutan juga menyebabkan pencemaran udara.Pencemaran udara ini berpunca  daripada bas dan kereta lain yng mengeluarkan asap dari ekzos dengan banyak ke udara seperti di Jalan Putra Permai yang selalu sesak pada waktu pagi.Menurut temubual saya,Zack mendapati bahawa keadaan udara amat kotor di Taman Putra Permai.
















Langkah-Langkah Mengurangkan Masalah Jaringan Sistem Pengangkutan

1)Melalui pemerhatian saya,saya mencadangkan menyuruh Majlis Perbandaran membaiki jalan.Ini keran tugas Majlis Perbandaran ialah menjaga hak rakyat.Contohnya,baru-baru ini 3/4 lubang di Jalan Putra Permai telah dibaiki oleh Majlis Perbandaran.Menurut temubual yang saya jalankan,Abi merasa gembira apabila jalan sudah dibaiki.

2)Masalah kedua iaitu kesesakan jalan raya dapat diatasi jika penduduk haruslah mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya dengan berkongsi kenderaan atau menaiki kenderaan awam.Menurut temubual,Puan Nazi merasakan masa yang digunakan di jalan yang sesak semakin kurang kerana dia telah nampak lebih banyak bas di jalan raya.

3)Selain itu, kerajaan boleh menurunkan harga kereta Hybrid supaya lebih banyak orang dapat membeli kereta Hybrid.Ini dapat mengurangkan penggunaan diesel dan dapat mengurangkan pencemaran.Kita juga boleh menguatkuasakan undang-undang .Bagi kenderaan yang mengeluarkan asap hitam dari ekzos denagn banyak,kita boleh membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar atau Jabatan Pengangkutan Awam.Contohnya,negara Jepun dan Korea Selatan yang kebanyakan penduduk menggunak kereta Hybrid.Menurut temubual,Zack akan lebih gembira jika pencemaran udara berkurangan.

    

This Right Here Is A Genuine "My friend made it" geografi assignment. Help urself guys...


APA ITU SISTEM PENGANGKUTAN?


      Menurut wikipedia, pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain . Pengangkutan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan melalui jalan darat, pengangkutan melalui jalan air dan pengangkutan melalui udara. Sistem pengangkutan tersebut adalah sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau kereta motor, pengangkutan jalan udara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang lain seperti hovercraft. Di kawasan kajian terdapat pengangkutan awam seperti bas dan teksi, pengangkutan persendirian seperti kereta dan motosikal, dan juga pengangkutan awam perdagangan seperti lori.



3(B) KEPENTINGAN SISTEM JARINGAN PENGANGKUTAN DI TPP
MEMUDAHKAN PERGERAKAN
  • Daripada pemerhatian saya, jaringan pengangkutan jalan raya ini dapat memudahkan pergerakan orang yang tiada kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja. Contohnya, Puan Oi menggunakan Bas Rapid Kuala Lumpur untuk ke tempat kerjanya iaitu Bank Nasional, Kuala Lumpur.Menurut kajian saya, Jalan Amanputra 1/6 (lima minit dari Jalan Putra Perdana) berhubung ke sebuah ‘interchange’ atau pertukaran di mana terdapat satu ‘roundabout’ atau bulatan. Bulatan tersebut berhubung ke Putrajaya-KLIA Expressway, Maju Expressway, Putrajaya Interchange, Dengkil Interchange dan juga Cyberjaya Interchange. Dengan ini, pengguna jalan-jalan ini dapat sampai ke destinasi dalam tempoh yang singkat. Contoh pengguna ‘roundabout’ ini yang tinggal di Taman Putra Perdana ialah Puan Oi, Puan Bati dan Encik Slick.


MEMUDAHKAN PERGERAKAN BAHAN DAGANGAN
  • Responden menyatakan bahawa jaringan sistem pengangkutan ini dapat memudahkan pergerakan barang dagangan. Sebagai seorang tulang belakang kepada keluarga yang tidak seberapa, sistem pengangkutan ini sangat penting untuk menyara keluarga responden tersebut. Contohnya, bahan mentah yang segar dari kilang dapat dihantar ke kedai runcit  dengan cepat dan efisien. Pelanggan pula akan memilih kedai responden tersebut memandangkan barang jualannya segar.
PENINGKATAN TARAF EKONOMI
  • Menurut kajian saya, jaringan sistem pengangkutan di Taman Putra Perdana sentiasa dimajukan. Pada tahun 2009, Taman Putra Perdana dikategorikan sebagai luar bandar. Walau bagaimanapun, lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 2014, Taman Putra Perdana telah mencapai kategori bandar. Ini bermakna Taman Putra Perdana dimajukan dan berkembang pesat dalam masa yang singkat. Taraf ekonomi ini membawa banyak kebaikan kepada penduduk Taman Putra Perdana. Jika semua tempat di Malaysia bergini, negara kita akan mencapai kemajuan sepenuhnya tidak lama lagi.
(3c) MASALAH JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI TPP
BILANGAN BAS AWAM TIDAK CUKUP
  • Responden menyatakan bahawa kemudahan pengangkutan awam seperti bas tidak dapat menumpang jumlah pengguna yang banyak. Bas Rapid, teksi dan sebagainya tidak mencukupi.Tambahan pula, bas tidak datang pada waktu yang sepatutnya. Sepatutnya, bas tersebut harus datang setiap 30 minit. Namun begitu, bas tersebut hanya datang setiap jam sahaja. Contohnya, Puan Oi terpaksa berdiri walaupun tengah mengandung kerana tiada tempat untuk duduk.Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia tidak bertolak ansur! Ini harus dihentikan !  
TAMBANG BAS TERLALU MAHAL
  • Menurut seorang responden, tambang bas awam terlalu mahal. Majoriti pengguna pengangkutan awam terdiri daripada golongan miskin hingga kelas pertengahan. Golongan tersebut tidak mampu membeli sebuah kenderaan persendirian seperti motosikal atau kereta. Contohnya, Puan Bati terpaksa membayar RM3.70 untuk ke tempat kerjanya iaitu di Cyberjaya.
KESESAKAN JALAN RAYA
  • Menurut kajian saya, terdapat kesesakan jalan raya di bulatan yang berhubung ke Putrajaya-KLIA Expressway, Maju Expressway, Putrajaya Interchange, Dengkil Interchange dan juga Cyberjaya Interchange. Kesesakkan ini belaku ketika waktu sibuk atau ‘peak hours’. Contohnya, Encik Slick membuang kira-kira 7 minit semasa menggunakan bulatan tersebut.


3(D)_LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH JARINGAN PENGANGKUTAN DI TAMAN PUTRA PERDANA
MEMBINA BAS AWAM DUA TINGKAT
  • Responden menyatakan bahawa kerajaan harus membina bas awam dua tingkat. Ini dapat menumpang lebih ramai penumpang sekaligus. Lebih-lebih lagi, petrol juga dapat dijimatkan. Dengan ini, pengguna pengangkutan awam seperti Puan Oi dapat pergi ke destinasi yang hendak mereka tuju dengan lebih selesa.
MEMBINA KEMUDAHAN YANG LEBIH MODEN DAN FURURISTIK
  • Daripada pemerhatian seorang lagi responden, kerajaan harus membina kemudahan yang lebih moden dan futuristik. Antaranya ialah LRT dan Monorail. Ini dapat mengelakkan kesesakan  jalan raya. Oleh itu, pengguna kemudahan awam seperti Puan Bati akan cepat sampai ke tempat kerjanya.
MEMBINA SEBUAH "FLYOVER" ATAU JEJAMBAT




  • Menurut kajian saya, cadangan untuk membina sebuah "FLYOVER" atau jejambat adalah sangat digalakkan. Pembinaan bulatan ini memang sangat bagus kerana bulatan ini berhubung ke Putrajaya-KLIA Expressway, Maju Expressway, Putrajaya Interchange, Dengkil Interchange dan juga Cyberjaya Interchange. Namun begitu, kesesakan yang berlaku memakan terlalu banyak masa. Dengan pembinaan jejambat ini, pengguna seperti Encik Slick mendapat hanya yang terbaik daripada